Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Melahirkan murid yang bijaksana, bersemangat tinggi dan berakhlak mulia melalui bimbingan guru cemerlang.
Misi Sekolah
* Melahirkan guru yang berdedikasi dengan budaya kerja cemerlang. * Berjaya menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. * Melahirkan murid yang berdisiplin, saling menghormati dan cintakan negara. * Melahirkan murid yang berminat merealisasi dan aktif dalam semua bidang. * mengeratkan kerjasama antara ibu bapa dan warga SK Cochrane.
0 comments:
Post a Comment